Banjir kilat di Jerantut - Utusan Malaysia

Banjir kilat di Jerantut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT 26 Dis. – Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat lebih empat jam malam semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati dua laluan di Kampung Paya Garok dan Felda Kota Gelanggi 1, di sini dinaiki air se­tinggi hampir satu meter.

Seorang penduduk di Kampung Paya Garok, Mohd. Ramli Jaafar, 50, berkata, air mula naik awal pagi kelmarin.

“Laluan masuk ke Kampung Paya Garok tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan kerana air melimpah ke atas jalan raya.

“Kampung ini sering dilanda banjir apabila air Sungai Jerantut melimpah setiap kali hujan lebat dalam tempoh yang lama,” katanya ketika ditemui di sini

Menurut Mohd. Ramli, setakat ini, tiada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan kerana belum ada rumah yang ditenggelami air.

“Jika tiada lagi hujan, maka air akan surut dan jalan ini boleh dilalui semula, namun sekiranya hujan lebat, air akan semakin naik,” ujarnya. 

Sementara itu, seorang penduduk Orang Asli di Kampung Paya Lintah, Eng Sulung, 30, memberitahu, ahli keluarganya tidak dapat keluar ke bandar kerana jalan dinaiki air.

“Saya keluar daripada rumah sejak semalam dan tidak dapat pulang kerana jalan raya dipenuhi air,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN