KUALA TERENGGANU 30 Dis. – Banjir gelombang ketiga diramal melanda negeri ini bulan depan dan para penduduk dinasihatkan mengambil langkah berwaspada bagi mengelak ditimpa bencana itu. Menurut Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Left. Kol. (PA) Che Adam Abd. Rahman, mereka yang tinggal di kawasan berisiko dilanda banjir perlu sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi segala kemungkinan. Beliau yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu berkata, kejadian luar jangka…









