Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya - Utusan Malaysia

Banjir di Terengganu pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Banjir yang melanda tiga daerah di Terengganu sejak Khamis lalu telah pulih sepenuhnya selepas satu-satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka di Pengkalan Ajal, Ajil Hulu Terengganu ditutup.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, PPS Pengkalan Ajal tersebut menutup operasinya pada pukul 3 petang.

“Kesemua 64 mangsa daripada 20 keluarga yang menetap di PPS itu telah dibenarkan pulang rumah masing-masing setelah banjir surut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×