KUALA TERENGGANU – Hampir 700 petugas daripada 143 pasukan Jabatan Kesihatan Negeri sudah bersiap sedia untuk digerakkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri sepanjang musim tengkujuh kali ini. Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Mohd Jusoh berkata, daripada jumlah itu, 373 anggota adalah daripada 69 pasukan perubatan manakala 315 anggota pula daripada 74 pasukan kesihatan. Beliau berkata pasukan perubatan ini bersedia memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan bagi mangsa yang…