PETALING JAYA – Seorang anak lelaki yang tergamak memukul ibunya dengan menggunakan rangka kaki kerusi besi selepas berlaku pertengkaran akhirnya mendapat balasan apabila dia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Zainuddin Duriat, 35, selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda itu. Tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Zainuddin sengaja mendatangkan kecederaan kepada ibunya, Khalijah Mohd., 66, dengan memukul menggunakan rangka kaki kerusi besi pada kaki kanan ibunya di sebuah rumah di Gugusan Kantan 2, Jalan Nuri 7/4, Kota Damansara di sini, pada pukul 12 tengah malam, 17 Disember lalu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










