SHAH ALAM – Polis Selangor menahan Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah bagi membantu siasatan susulan kenyataannya yang berunsur provokasi ketika berucap pada Perhimpunan Aman Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P. Waytha Moorthy, di Dataran Seni Klang dekat sini kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Azwanddin ditahan kira-kira pukul 2.40 petang semalam di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Datuk Keramat,…










