KUALA LUMPUR 6 Dis.- Satu siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti sama ada atur gerak trup dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Arab Saudi dalam Operasi Yemen 2( Op Yemen 2) mematuhi prosedur kerajaan. Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata,siasatan itu akan dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri. Katanya, pengumuman ini telah dibuat bagi pihak Menteri, Mohamad Sabu dan juga kementerian.…










