Astro tawar VSS - Utusan Malaysia

Astro tawar VSS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) akan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada kakitangannya bagi membolehkan syarikat itu menyusun organisasinya.

Bakal Ketua Pegawai Eksekutifnya, Henry Tan berkata, pelaksanaan VSS itu juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi serta mengurangkan perbelanjaan operasi tahunan Kumpulan.

Menurut beliau, VSS ditawarkan secara sukarela sepenuhnya dan syarikat akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan para pelanggan Astro tidak terjejas.

“Syarikat akan memberikan sokongan melalui program peralihan kepada para pekerja yang memilih skim ini termasuk program peningkatan kemahiran dan latihan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Tan, Astro akan terus proaktif untuk mengukuhkan kedudukan Kumpulan dalam pasaran dan kekal relevan pada masa depan.

Katanya, dunia tanpa sempadan dan digital yang semakin berkembang menyebabkan berlakunya banyak persaingan.

“Pemain industri perlu mencipta semula dan menyesuaikan diri dengan pantas untuk kekal relevan dalam realiti baharu ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN