KUALA LUMPUR 7 Dis. – Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) akan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada kakitangannya bagi membolehkan syarikat itu menyusun organisasinya. Bakal Ketua Pegawai Eksekutifnya, Henry Tan berkata, pelaksanaan VSS itu juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan operasi serta mengurangkan perbelanjaan operasi tahunan Kumpulan. Menurut beliau, VSS ditawarkan secara sukarela sepenuhnya dan syarikat akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan para pelanggan Astro tidak terjejas. “Syarikat akan memberikan…










