MOSCOW 21 Dis. – Presiden Vladimir Putin mendakwa Amerika Syarikat menimbulkan risiko berlakunya perang nuklear apabila mengancam untuk menarik diri daripada perjanjian kawalan senjata utama selain enggan mengadakan perbincangan mengenai perjanjian lain berkaitan yang akan tamat tidak lama lagi. Dalam sidang akhbar yang berlangsung selama tiga jam, Putin juga menyokong keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik keluar tenteranya di Syria, selain menegaskan Perdana Menteri Britian, Theresa May tidak mempunyai pilihan…









