WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pengunduran tentera AS dari Syria selepas mendakwa mereka berjaya menewaskan kumpulan militan Daesh di negara itu kelmarin. Washington turut menyatakan AS sudah memulakan usaha membawa keluar semua anggota tenteranya dari negara itu. Keputusan itu membabitkan kira-kira 2,000 anggota tentera AS yang terlibat dalam kempen di Syria untuk merampas kembali wilayah yang ditawan Daesh. Bagaimanapun, keputusan itu menimbulkan keraguan berhubung strategi untuk…










