Arnautovic sesuai untuk Chelsea - Utusan Malaysia

Arnautovic sesuai untuk Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Bekas penyerang Chelsea, Tony Cascarino berpendapat, penggempur utama West Ham United, Marko Arnautovic merupakan calon terbaik untuk memperkuatkan bahagian serangan The Blues.

Pemain antarabangsa Austria itu mempamerkan aksi yang cukup cemerlang dan bakat yang sempurna di England ketika beraksi bersama Stoke City dan West Ham serta dilihat sudah bersedia untuk menyertai sebuah pasukan gergasi.

Menurut Cascarino, bakat yang ada pada Arnautovic hampir menyamai legenda Manchester United, Eric Cantona dan mampu memberi impak kepada Chelsea yang kini berdepan masalah di jentera hadapan yang dilihat agak tumpul.

“Jika saya diberi kesempatan untuk mendapatkan pemain baharu bersama Chelsea, saya akan memilih Arnautovic. Bagi saya dia sangat sesuai berada di Stamford Bridge.

“Cara dia bermain dan bakat yang dimiliki­nya mengingatkan saya kepada Eric Cantona.

“Dia berada pada tahap yang cukup tinggi ketika ini dan memerlukan cabaran baharu. Saya fikir dia berhak untuk mendapat lebih banyak kejayaan.

“Saya tidak memintanya meninggalkan West Ham tetapi seorang pemain yang baik sepertinya berhak untuk menyertai pasukan terbaik di England,” katanya.

Bekas penyerang Inter Milan itu meledak 11 gol dan enam umpanan gol musim lalu bersama West Ham.

Chelsea pula dijangka akan berada dalam pasaran perpindahan Januari ini terutama ketika masa depan tonggak utama mereka, Eden Ha­zard masih tidak menentu dan Arnautovic dilihat pilihan yang sesuai jika Chelsea tidak mahu melabur jumlah wang yang besar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×