ISTANBUL 11 Dis. – Turki menggesa supaya satu siasatan antarabangsa dilakukan segera berhubung kes pembunuhan Jamal Khashoggi selepas Arab Saudi enggan mengekstradisi dua pegawai kanannya yang disyaki terlibat dalam insiden tersebut ke negara ini untuk dibicarakan. PressTV memetik Pengarah Komunikasi Presiden Turki, Fahrettin Altun sebagai berkata, komuniti dunia perlu bersama-sama mencari dalang pembunuhan Jamal menerusi undang-undang antarabangsa. JENERAL AHMED AL-ASSIRI Beliau menyifatkan keputusan Riyadh untuk tidak mengekstradisi kedua-dua pegawai tersebut sebagai satu perkara yang mengecewakan dan menegaskan keputusan itu secara tidak langsung menunjukkan Arab Saudi cuba menutup kes pembunuhan terbabit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya