TARIAN seninya bersimbah kemilau cahaya cemerlang sesudah tamat graduasi dari ‘sekolah seni’ Akademi Fantasia 2016 (AF2016). Biarpun sekadar muncul sebagai pemenang tempat keempat, Ara Johari kini mampu menarik nafas lega apabila percubaan muziknya tidak pernah gagal membuahkan hasil. Selepas karya Warkah Untukku bergema pada pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) tahun lalu, Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari sekali lagi mencipta magis apabila single keduanya, Bunga layak bertanding…