TAWAU 28 Dis. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima individu warganegara Indonesia yang memasuki perairan negara tanpa dokumen perjalanan yang sah, semalam. Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Romli Mustafa berkata kesemua lelaki yang berusia lingkungan 26 hingga 48 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang di perairan Sungai Membalua di sini. “Bot peronda maritim yang menjalankan rondaan dan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan tanggungjawab, telah mengesan sebuah bot…










