APM Muar tangkap lebih 800 ekor ular sawa - Utusan Malaysia

APM Muar tangkap lebih 800 ekor ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 27 Dis. – Lebih 800 ekor ular sawa termasuk ular berbisa berjaya ditangkap pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Muar hasil daripada laporan pelbagai pihak.

Pegawainya, Mejar (PA) Ahmad Aliuddin Mohd. Amin berkata, jumlah itu membabitkan 873 kes yang diterima iaitu sejak Januari hingga November lalu.

Katanya, jumlah itu sekali gus menunjukkan peningkatan apabila hanya 735 kes diterima sepanjang tahun lalu.

“Kita percaya peningkatan kes ini adalah kerana gangguan habitat mereka yang diceroboh oleh individu ekoran pembangunan dijalankan. Justeru, reptilia ini terpaksa mencari habitat baharu yang sesuai termasuk menjadikan kediaman penduduk sebagai tempat menghuni.

“Bagaimanapun, kita nasihatkan orang ramai agar jangan bertindak melulu jika terlihat ular ini sama ada berbisa atau pun tidak. Sebaiknya, terus hubungi kami kerana kita akan berusaha menangkapnya untuk diserahkan kepada Jabatan Perhilitan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Ahmad Aliuddin, tindakan sesuka hati dikhuatiri menyebabkan berlaku kejadian tidak diingini sekiranya haiwan itu berasa terancam.

“Selain itu, paling utama adalah sebab kita nak pastikannya berjaya ditangkap. Beberapa kes yang kami terima bila penduduk cuba bertindak awal, ular ini te­lah melarikan diri,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ahmad Aliuddin memohon agar semua pihak tidak terburu-buru menangani reptilia berkenaan dan mengalu-alukan orang ramai menghubungi talian kecemasan 999 atau pejabat operasi di nombor 06-9545992.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×