KUALA LUMPUR 21 Dis. – Tiada angin, tiada ribut Liga Malaysia (Liga M) tiba-tiba dikejutkan dengan berita mereka bakal kehilangan RM420 juta selepas syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia Berhad (TM) mahu menarik diri sebagai penaja utama musim depan. Berita itu bukan sahaja mengejutkan peminat bola sepak tempatan, malah pihak Liga Bola Sepak (MFL) juga masih cuba mendapatkan kepastian apa sebenarnya berlaku kerana penajaan yang baru dimeterai awal tahun ini sepatutnya…









