Anwar janji sampaikan keresahan peminjam kepada PM - Utusan Malaysia

Anwar janji sampaikan keresahan peminjam kepada PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menyampaikan keresahan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pihak berkaitan.

Menurutnya, beliau sedar peminjam PTPTN kini resah berikutan kaedah baharu pelaksanaan bayaran balik pinjaman mereka menerusi potongan gaji berjadual (PGB) bermula ­Januari tahun depan.

Katanya, nota segera akan diberikan kepada Perdana Menteri agar perkara itu dapat diteliti semula termasuk Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.

“Saya percaya Maszlee dan Wan Saiful juga akan mengkaji semula perkara ini jika ada pandangan lain.

“Banyak mesej yang dikirim kepada saya, termasuklah pe­ngundi Port Dickson dan Permatang Pauh serta ahli-ahli PKR,” katanya kepada pembe­rita di lobi Parlimen di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian bagi mengulas mengenai kaedah baharu pelaksanaan bayaran balik pinjaman PTPTN menerusi PGB bermula 2019 yang disifatkan terlalu tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN