EMMA PHILLIPS mula mengambil tempat dan berbaring di atas sebuah meja kecil yang ada di atas pentas sarkas tersebut. Selepas membetulkan kedudukan badannya, dia mula mencapai dua helai karpet putih untuk dipegang dan dipusingkan menggunakan kedua-dua tangannnya. Kesemua penonton yang menghadiri pertunjukan sarkas pada malam itu kelihatan berdebar untuk menonton aksi Phillips. Tanpa membuang masa, wanita berambut perang itu kemudiannya menimbang serta memusing-musingkan sebuah meja kecil dengan kaki kanannya. Lebih mengagumkan, berat meja tersebut adalah 13 kilogram namun mampu dipusingkan oleh Phillips menggunakan sebelah kaki sahaja. Aksinya itu mendapat tepukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya