JOHOR BAHRU 6 Dis. – Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sebentar tadi atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjata tajam ke atas seorang lelaki hujung bulan lalu.& Tertuduh, Muhammad Zaim Md. Thani, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin. Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Zaim yang berpangkat konstabel itu didakwa bersama-sama tiga lagi suspek yang masih bebas melakukan…










