KOTA BHARU 10 Dis. – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal cedera selepas dirempuh sebuah motosikal dipandu seorang pemuda yang cuba membolosi sekatan jalan raya di Jambatan Pok Nik Lah, Pengkalan Chepa, dekat sini malam tadi. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian pada pukul 11.30 malam itu berlaku semasa anggota polis, Md. Faizal Md. Bakr berusia 34 tahun itu sedang bertugas dalam tugasan Op Lejang di lokasi kejadian. “Suspek yang berusia 27 tahun menunggang motosikal dari arah Binjai ke Pengkalan Chepa terkejut selepas melihat sekatan jalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya