TAMPIN – Panggilan ancaman bom yang diterima Hospital Tampin pagi ini disahkan palsu selepas pasukan keselamatan melakukan pemeriksaan menyeluruh di bangunan tersebut. Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Mohd. Helmi Ayoub berkata, tiada objek disyaki bom ditemui di hospital itu selepas hampir dua jam pemeriksaan dilakukan. “Pihak polis telah melakukan pemeriksaan terperinci bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 9.40 pagi sebelum disahkan bangunan itu selamat.…