Anak syarikat AirAsia beli ekuiti GY Aviation - Utusan Malaysia

Anak syarikat AirAsia beli ekuiti GY Aviation

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Dis. – AirAsia Group Bhd. meng­umumkan anak syarikat milik penuhnya, Asia Aviation Capital Ltd. (AACL) telah melaksanakan perjanjian jual beli dengan CDB Aviation Lease Finance DAC bagi pemerolehan keseluruhan kepentingan ekuiti GY Aviation Lease Labuan 1 Ltd.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, AirAsia berkata, pengambilalihan tunai itu melibatkan pembelian 1,000 saham biasa dalam GY Aviation dengan harga AS$1,000 (RM4,186).

“Setelah pengambilalihan, GY Aviation akan menjadi anak syarikat milik penuh AACL dan dinamakan semula sebagai Rouge Aircraft 1 Ltd.,” katanya di sini hari ini.

CDB adalah sebuah syarikat pajakan pesawat yang diperbadankan di Ireland yang dimiliki oleh China Development Bank Financial Leasing Co., Ltd dan merupakan entiti yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Bloomberg mela­porkan AirAsia Indonesia kini dalam perbincangan bagi menjalinkan kerjasama operasi de­ngan Garuda Indonesia Group.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Garuda, I Gusti Ngurah Askhara Danadiputra, pihak­nya masih mempertimbangkan dengan lebih lanjut mengenai tawaran AirAsia Indonesia tersebut.

“Ya, mereka minta untuk menjalinkan kerjasama dengan kami, tetapi kami belum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×