Amaran peringkat kuning di Kelantan, Terengganu - Utusan Malaysia

Amaran peringkat kuning di Kelantan, Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Jabatan Meteorologi mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu berikutan pembentukan satu siklon tropika di perairan Laut China Selatan.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan memaklumkan, fenomena itu bergerak ke arah barat laut berdekatan pantai di negeri berkenaan sekali gus membawa kepada kejadian hujan lebat.

Tambah kenyataan itu, angin kencang melebihi 40 kilometer sejam (kmsj) juga dijangka melanda negeri tersebut dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada struktur-struktur binaan tidak kukuh serta menumbangkan pokok-pokok.

“Sehubungan itu, amaran yang dikeluarkan pada Jumaat lalu dikemas kini dan akan berkuatkuasa pada 2 dan 3 Januari ini.

“Situasi ini akan menjejaskan beberapa lokasi berisiko termasuk di jajahan Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih di Kelantan manakala di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu pula bagi negeri Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Tambah Jabatan Meteorologi, angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kmj dengan ombak mencapai sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan dan Terengganu dalam tempoh tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN