SEKITAR Januari 2017, Altimet pernah menyatakan hasrat untuk berhenti menyanyi sebaik sahaja usianya genap 40 tahun. Menurut Altimet, keinginannya untuk bersara bukanlah disebabkan oleh paksaan mana-mana pihak. Sebaliknya, ia berlaku atas kerelaannya sendiri. Masa berganti masa, keputusan Altimet untuk meninggalkan pentas persembahan semakin bulat apabila ibu tercinta, Jamalah Agil Alsagoff merestui kehendak anaknya itu. Walaupun dalam tempoh beberapa tahun sejak kebelakangan ini banyak kejayaan yang diraih, termasuk pengiktirafan besar seperti…










