KUALA LUMPUR – Pelakon, Datin Almy Nadia, selamat melahirkan anak perempuan ketiganya di sebuah pusat perubatan swasta hasil perkongsian hidup bersama aktor, Datuk Fizz Fairuz malam semalam. Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminudin Shah, 32, memberitahu berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya. “Alhamdulillah, saya selamat bersalin bayi perempuan seberat 3.31 kilogram (kg) secara normal. “Terima kasih di atas doa anda semua sepanjang saya hamil sehingga selamat melahirkan. Hanya Allah…