APA lagi ingin ditulis tentang seorang wanita bernama Neelofa? Sejak menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 dan menjadikan bidang seni sebagai platform kerjaya, Neelofa tidak pernah gagal menyita rasa kagum khalayak. Bermula sebagai pengendali rancangan Nona pada tahun 2011 dan beralih rumah sebagai pengacara MeleTOP setahun kemudian, nama Neelofa semakin mekar apabila mula memasarkan jenama tudungnya, Naelofar Hijab. Selari dengan empayar perniagaan tudung, kerjaya Neelofa dalam lapangan hiburan turut berkembang. Mencuri…










