ALOR SETAR 1 Dis. – Bekas pemain Selangor, Azamuddin Mohd. Akil atau lebih dikenali sebagai Alex bakal memperkuatkan pasukan Kedah dalam saingan Liga Super musim depan. Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menerusi laman Facebook rasminya di sini hari ini yang mengesahkan Alex telah mengikat perjanjian dengan skuad Lang Merah itu. Selain Alex, KFA juga mengesahkan mengikat seorang lagi pemain namun belum dapat mengumumkan namanya kerana masih…