Akibat pelabur tidak yakin - Khairy - Utusan Malaysia

Akibat pelabur tidak yakin – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Jumlah Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) paling rendah yang di­umumkan bagi tahun ini sejak penubuhannya pada 1990 berkait rapat dengan keyakinan pelabur dalam dan luar negara terhadap ekonomi negara.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, keadaan itu juga ditambah de­ngan banyak tindakan pusingan U dan keputusan flip-flop kerajaan hari ini yang hanya memburukkan lagi keadaan.

“Rakyat negara ini juga masih belum jelas apakah pelan jangka masa panjang atau pakej rangsangan ekonomi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi merancakkan keada­an ekonomi negara.

“Tetapi yang kita dengar kini hanyalah projek kurun ke-20 seperti projek kereta nasional ketiga,” kata bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu dalam laman Facebook rasmi milik beliau di sini hari ini.

Khairy mengulas pengumuman dividen ASB sebanyak 6.5 sen dan bonus 0.5 sen oleh Permodalan Nasional Berhad hari ini, dan menyifatkannya bukan sesuatu yang menghairankan atau berada di luar jangkaan memandangkan banyak indikator dapat dilihat sepanjang tahun ini lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Contohnya, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada Selasa lalu, jatuh ke paras terendah sejak 2016 kepada 1,635 mata. Malah, trend penurunan ini sudah berlarutan sejak Mei lalu yang pada ketika itu menunjukkan FBM KLCI berada pada paras 1,850 mata.

“Rentetan daripada itu juga, banyak saham syarikat milik kerajaan (GLC) utama negara mengalami trend penurunan yang sama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×