Mengambil masa setahun untuk melancarkan single baharu selepas memenangi program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4), penyanyi bersuara emas, Aishah mengakui dirinya sangat cerewet dan mementingkan kesempurnaan. Biarpun lagu yang bertajuk Malar ciptaan sepenuhnya oleh Hazami tersebut sudah siap dirakam sejak Ramadan lalu, pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin itu menunggu sehingga benar-benar puas hati barulah ia dilancarkan secara rasmi. Menurut Aishah, ketelitian tersebut bukanlah demi memastikan single berkenaan tercalon…