PETALING JAYA 20 Dis. – Kemelut di antara Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) dan AirAsia Group Bhd., dilihat memerlukan peranan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bagi mencari jalan penyelesaian. Ketua Penyelidik MIDF Research, Mohd. Redza Abdul Rahman berkata, caj perkhidmatan penumpang (PSC) melibatkan orang ramai, justeru, Mavcom harus memberi pendapat mengenainya. Katanya, MAHB dan AirAsia sepatutnya berbincang mencari penyelesaian yang seimbang buat kedua-dua pihak mengenai isu tersebut tanpa memperbesarkan kes saman…










