PUTRAJAYA 29 Dis. – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan diperbesarkan dan contoh-contoh yang baik dalam perniagaan wanita akan dibantu untuk memperbesarkan perniagaan mereka. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka yang berjaya akan dibantu selain pertandingan di antara mereka akan diadakan dengan hadiah yang besar disediakan. Menurut Dr. Mahathir, dalam percubaan Dasar Ekonomi Baharu (DEB), didapati kaum wanita lebih serius dan berjaya berbanding golongan lelaki dalam apa jua bidang. “Ada wanita sudah jadi jutawan pun hanya dengan membuat keropok lekor, tudung dan alat kecantikan wanita. Mereka juga mengeluarkan makanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya