KUALA LUMPUR 7 Dis. – Penyerang Harimau Malaya, Safawi Rashid menyertai dua lagi rakan sepasukannya untuk menjalani sesi pemulihan selepas mengalami sakit di bahagian belakang akibat dirempuh pemain Thailand ketika beraksi dalam separuh akhir kedua Piala AFF, Rabu lalu. Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata akibat daripada rempuhan tersebut, tahap kecergasan Safawi perlu dipantau begitu juga dengan dua lagi rakannya. “Aidil Zafuan (Abd. Razak) masih belum cergas 100…










