PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang melompat parti untuk menganggotai Pakatan Harapan (PH) perlu mendedahkan segala dakwaan perlakuan rasuah melibatkan pemimpin UMNO tanpa gentar, kata Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ia adalah antara tiga syarat ditetapkan Majlis Presiden PH yang perlu dipersetujui oleh Ahli Parlimen yang melompat parti. Sebagai tambahan kepada pengiktirafan dan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, beliau…