PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menyediakan satu kaunter khas untuk pembelian tiket aksi final pertama antara Malaysia dan Vietnam bagi penyokong Harimau Malaya yang hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Bangkok, 5 Disember lepas. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, FAM sudah bersetuju untuk meluluskan pembelian dua tiket bagi setiap penyokong yang mempunyai keratan tiket perlawanan di Bangkok. “Jadi, penyokong yang pergi…










