ADUN Bukit Besi cedera, kereta dipandu terbalik elak lembu - Utusan Malaysia

ADUN Bukit Besi cedera, kereta dipandu terbalik elak lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Gara-gara mengelak seekor lembu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda, Mitshubishi Pajero dipandunya terbalik di Kilometer 20, Jalan Dungun – Bukit Besi dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.35 malam itu, Roslee Daud yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu cedera ringan di bahagian belakang badan dan tangan kanan akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian Roslee yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun dalam perjalanan ke bandar Dungun dari Bukit Besi dekat sini.

“Kejadian berlaku selepas kenderaan pacu empat roda, Mitshubishi Pajero dipandu Yang Berhormat Roslee cuba mengelak seekor lembu yang tiba-tiba melintas jalan di hadapannya.

“Kenderaan itu hilang kawalan menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum  terbalik di bahu jalan,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari  ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN