Adik mangsa turut didera - Utusan Malaysia

Adik mangsa turut didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Dis. – Adik kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia di sini semalam dipercayai menjadi mangsa dera ibu tiri warga Indonesia berusia 23 tahun, disyaki turut didera wanita itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Mohd. Afzanizam Yahaya berkata, polis menemukan kesan parut luka di dahi dan bahagian badan kanak-kanak berusia tiga tahun itu yang kini ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Kita sedang menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital, namun hasil siasatan awal kita mendapati terdapat kesan parut luka di dahi dan badan mangsa yang kini ditempatkan di bawah jagaan kita di HSA.

“Siasatan mengenai perkara itu sedang giat dijalankan dan pada Ahad ini kita akan serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Semalam, kanak-kanak berusia lima tahun itu dibawa ke HSI dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada 1 pagi, polis turut menemukan kesan lebam serta bengkak pada bahagian muka, dada, perut dan kedua-dua betis mangsa.

Mohd. Afzanizam berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan hentakan objek tumpul di bahagian badan dan susulan daripada itu, bapa dan ibu tiri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 2 Januari depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN