PUTRAJAYA 22 Dis.- Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Adi Azuan Abdul Ghani dibebaskan hari ini selepas direman empat hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan Adi Azuan,48, dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 selain pasportnya perlu diserahkan kepada suruhanjaya itu. Beliau membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah. Adi Azuan ditahan susulan siasatan SPRM berhubung penggunaan syarikat kontraktor penghias dalaman…










