KUALA LUMPUR 22 Dis. – Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa terdapat perancangan daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menggulingkan Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada jawatan Perdana Menteri. Menyifatkan pihak tersebut sebagai ‘puak parasit’, Khairuddin menjelaskan lagi, perkara tersebut dirancang oleh golongan yang kecewa kerana tidak mendapat sebarang jawatan. “Saya dapat menghidu tindakan tidak bertanggungjawab puak-puak yang kecewa tidak dapat jawatan yang sedang…










