SRINAGAR, INDIA 15 Dis. – Tujuh orang awam terbunuh setelah tentera India melepaskan tembakan terhadap sekumpulan pembantah di Kashmir, bahagian pentadbiran India hari ini. Kejadian tersebut berlaku selepas pertempuran antara pemberontak bersenjata dan tentera yang menyaksikan tiga pemberontak serta seorang tentera maut. Menurut saksi kejadian, ketika pertempuran berjalan, ratusan penduduk kampung keluar ke jalan meskipun cuaca sejuk menuju rumah itu. “Mereka berjalan dengan menjerit slogan menyokong pemberontak sambil melontar batu…