6 orang tak berumah mati dalam kebakaran di Warsaw - Utusan Malaysia

6 orang tak berumah mati dalam kebakaran di Warsaw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW 26 Dis. – Enam orang tak berumah mati setelah kabin kayu terbiar yang digunakan untuk berlindung terbakar semalam.

Kejadian tersebut berlaku pada Selasa malam di kawasan pinggir bandar itu.

Menurut jurucakap Pejabat Pendakwa Raya, pasukan kecemasan tidak dapat mengenal pasti mangsa berikutan telah rentung.

“Mayat kesemua mangsa telah dibawa ke pejabat koroner bagi bedah siasat,” katanya.

Pihak bomba juga menemukan kanister gas di kabin berkenaan.

Banyak kejadian melibatkan kematian orang tak berumah setiap kali musim sejuk di sini berikutan kesejukan melampau atau kebakaran yang terjadi setelah cuba memanaskan badan di rumah terbiar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN