KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,400 pelajar lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) berjaya melangkah ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi pembelajaran tahun 2019. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, jumlah itu mewakili 70 peratus daripada kuota maksimum 7,760 tempat yang ditawarkan bagi pelajar daripada golongan itu di 54 MRSM seluruh negara. Jelasnya, angka itu sekali gus melepasi…










