KUALA LUMPUR 27 Dis. – Sebanyak 406 tender membabitkan perkhidmatan membekal makanan, kebersihan bangunan dan kawasan sekolah serta kawalan keselamatan dibatalkan mulai tahun depan. Kesemua pembatalan tersebut telah dikeluarkan melalui empat notis yang dipaparkan di laman web Kementerian Pendidikan. Notis pertama dikeluarkan pada 8 Ogos lalu melibatkan 206 pembatalan tender pelbagai perkhidmatan kerana penambahbaikan skop dan spesifikasi tender asal dan pelaksanaan tender secara elektronik melalui sistem e-Perolehan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan…










