TRIPOLI 24 Dis. – Pihak berkuasa Libya menemukan 34 mayat Kristian Habsyah yang dipercayai dibunuh oleh kumpulan militan Daesh di Libya pada tiga tahun lalu di dalam sebuah kubur besar. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Kementerian Dalam Negeri menerusi laman Facebook, memberitahu, kubur itu ditemui semalam selepas pihaknya mendapat maklumat ketika polis melakukan siasatan terhadap anggota militan yang ditahan. Satu video yang disiarkan dalam laman sosial pada April 2015 menunjukkan militan Daesh menembak dan memenggal kepala penganut terbabit yang sedang memakai pakaian seragam berwarna jingga di tepi pantai. Katanya, mayat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya