KEMAMAN – Seramai 33 pelesit rempit termasuk pelajar sekolah ditahan dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Kilometer 119, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Chukai hari ini. Kesemua pelesit rempit berusia dalam lingkungan 16 hingga 33 tahun tersebut ditahan dalam operasi yang dilaksanakan selama enam jam sehingga pukul 5.30 pagi. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu ditahan secara berperingkat, kesemua suspek berkenaan sedang leka merempit selain…










