SINGAPURA 21 Dis.- 321 penumpang penerbangan Scoot yang terkandas di Greece selama hampir 56 jam akhirnya lega setelah selamat mendarat di Singapura, hari ini. Channel News Asia melaporkan, penerbangan tersebut yang sepatutnya berlepas dari Athens pada 11.20 pagi waktu tempatan beberapa hari lalu, ditunda sebanyak tiga kali atas sebab tidak diketahui. Namun, penerbangan TR713 itu akhirnya berlepas dari Athens sekitar 7 petang semalam dan selamat mendarat di Singapura, petang tadi.…









