PARIS 12 Dis. – Polis Perancis melancarkan operasi secara besar-besaran bagi memburu seorang suspek selepas tiga orang maut manakala 13 lagi cedera termasuk lapan daripadanya parah dalam satu insiden tembakan rambang di bandar Strasbourg, semalam. BBC melaporkan, suspek yang dikenal pasti sebagai seorang anggota keselamatan melarikan diri selepas berbalas tembakan dengan anggota tentera dan polis, selain dia dipercayai cedera. Insiden tersebut berlaku di sebuah pasar Krismas terkenal berhampiran dataran Place…










