ALOR SETAR – Sebanyak tiga buah lori dan enam van terbakar dalam kejadian di Taman Mutiara, Lebuhraya Sultanah Bahiyah di sini awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, kesemua kenderaan termasuk van yang dipercayai milik syarikat Telekom Malaysia (TM) itu musnah antara 10 hingga 90 peratus. Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.37 pagi ini. “Kebakaran melibatkan enam van jenis Nissan Vanette dan tiga lori satu tan yang mana laporan awal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya