KUALA LUMPUR 22 Dis. – Pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM) sejak bulan Januari sehingga kini mendapati sebanyak 21 sampel cili import termasuk dari Vietnam dikesan mengandungi residu racun perosak. Analisis itu dilakukan terhadap 503 sampel cili import namun Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati sebanyak 4.2 peratus (21 sampel cili) berkenaan melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985. Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM…










