KUALA LUMPUR 7 Dis. – Lebih 20,000 ahli Pergerakan Wanita UMNO dijangka ‘memutihkan’ Dataran Merdeka bersempena dengan himpunan #DaulatHimpunan812 menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Komitmen itu dizahirkan Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berdasarkan semangat ditunjukkan oleh ahli-ahli sayap UMNO itu di peringkat negeri. “Dengan memakai baju putih dan tudung putih, Wanita UMNO akan sama-sama berhimpun bersama Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk ‘putihkan’…










